Thursday, August 6, 2009

+ Masa dan Kini Aku Dewasa +

Aku ingin menjerit sekuat hati pada ibuku yang aku kini dewasa. Tidak aku sangka aku telah lepas dari segala proses kehidupan. Dari aku hanya tahu menangis hingga aku mengerti ketawa dan tersenyum dan pandai bercakap lalu merangkak terus bejalan terus belari. Kitaran tubesaran aku telah lalui dengan penuh cerita dan penuh kisah. Aku masih ingat, ketika aku kecil aku mudah merajuk dan berhati bunga. Aku merupakan budak kecil yang nakal dan manja serta penuh akal. Sememangnya aku budak yang nakal. Zaman kanak –kanak aku ditemani oleh jiran-jiran yang sering menjadi teman sepermainan ku. Aku merupakan kanak –kanak yang sangat nakal, degil, pelawan dan penangis dan periang. Aku sering menghiburkan orang ramai dengan pelbagai gaya sekali pun yang aku sering tonjolkan. Semua yang aku lalui ini mengalami proses yang agak berperingkat-peringkat yang mana ia memakan masa yang agak panjang. Aku juga merupakan kanak-kanak comel yang sering mejadi perhatian setaip orang memandang. Ibuku ada memberi tahu, bahawasanya aku teramat nakal dan seriang menjadi hiburan semua orang. Dulu, setiap kali aku menangis aku akan menhentakkan kaki aku dan bersembunyi di penjuru rumah atau di bawah meja ataupun dibawah katil.


Aku memang seorang yang sensetive dari kecil. Tanya sahaja dengan abang aku. Setiap kalo aku sedih, nges, bergaduh dan kena marah aku akan lepaskan dengan membuat sajak-sajak yang tidak puas hati, Kenapa aku kena marah dan aku benci orang yang buat aku kena marah. Adakala aku selalu tidak puas hati kiranya aku dipinggirkan dan kurang kasih sayang terutamanya ibu bapa. Bila aku tenung dan berfikir jauh baru aku sedar, ada masanya aku kena mengalah dan membuang sikap aku yang tidak mau kalah. Ada masa aku kena sedar aku perlu mematangkan diri tanpa menghiraukan benda yang remeh temeh buat aku. Dulu aku sensetive bila orang cakap aku “bodoh” walaupun bergurau tapi aku kisah bagi setiap perkataan. Sebab aku tidak suka. Tapi tempoh dan masa yang telah diberikan pada aku mengubah aku menjadi seorang yang dewasa dan berpeluang menjalani kehidupan sehingga sekarang.


Manusia sememangnya akan berubah mengikut masa. Bila kita paham dan mengetahui daripada apa yang kita alami. Ia akan mematangkan lagi pemikiran. Kesilapan yang kita pernah buat merupakan satu panduan untuk kita. Bila kita silap tidak mungkin kita ingin melakukan pekara yang sama. Tidak mungkin kita akan mengalami kesilapan. Sama juga kalo kita megulang peperiksaan tidakan sekali gagal dan seterusnya akan gagal dan gagal. Bertahun-tahun kita menjalani kehidupan telah mengambil tempoh masa yang agak panjang. Orang kata masa itu emas, mana mungkin masa itu emas. Kiranya emas, aku pon mampu beli emas dan ia bermaksud aku pon mampu membeli masa dan memberhentikan masa atau memutarkan masa. Tujuan perumpamaan ini hanya untuk menunjukkan berharganya masa itu sahaja. Sebab masa tidak boleh dinilai walaupun kita boleh kira berapa saat, minit, jam, hari, bulan, tahun, dekad dan seterusnya. Masa tetap akan pergi dan tak mungkin akan kembali. Dia hanya akan datang dan tak mungkin akan kembali. Masa akan terus terbang dan melayang sejauh mana ia akan pergi dan akan berhenti. Bila masa itu berhenti bermula lah percaturan yang baru di mana kita akan berhimpun sekian alam. Tapi masa itu akan tiba dan tidak pasti bila tapi ia akan tetap terjadi.

Bila kita diberikan masa perlunya kita menghargai masa-masa yang kita ada. Sebagaimana pesakit yang tahu berapa hari mereka mampu bertahan untuk hidup. Dimana dia akan cuba menikmati sisa-sisa kehidupan yang tinggal sebaik mungkin. Tapi kenapa ada diantara kita tidak menghiraukan masa-masa yang ada. Membebiarkan masa itu terus pergi dan pergi. Aku tidak nafikan aku selalu menanguhkan masa. Dengan itu, aku akan leka dan terus leka bila aku sedar baru menyesal. Penyesalan tiada gunanya.

Ada masanya, kita tidak sendiri tidak tahu apa nak buat dengan masa yang ada. Sebab itu wujudnya hobi untuk mengisi masa lapang. Macam-macam hobi kita dengan paling common kita dengar “Hobi saya membaca”, aku penah dengar orang cakap membaca itu tidak boleh dikategorikan sebagai hobi. Tapi, biarla apa orang kata kalo kita tetap mahukan membaca itu hobi itu hak masing-masing bukan.


Berbalik pada masa, kiranya kita diberikan peluang untuk memutarkan masa banyak yang kita mahu perbetulkan. Segala yang menyimpang henda diluruskan, mana yang salah mahu diperberbaiki. Tapi kenapa kita tidak suka merancang, merancang untuk masa hadapan. Kenapa hendak diulang kembali masa lalu. Sekiranya kita salah perancangan, rancang semua. Ini asal ada sahaja kesilapan “ kalau dulu aku buat macam ini dulu mesti .....”. Menyesal boleh tapi nak berpatah masa lalu kebarangkalian ianya berlaku sukar untuk kita pastikan. Sememangnya tidak mungkin dan tidak akan. Tapi kalo ia boleh berlaku pada kamu, sangat bertuah badan.


Apa yang pasti, masa tetap akan terus pergi. Sama ada kita menghargai masa itu terpulang pada diri kita. Berfikirlah apa yang terbaik untuk diri kita. Sebab kita yang tahu apa yang kita yang merancang masa depan kita dan menentukan itu bukan kuasa kita. Pikir yang terbaik untuk diri kita dan sayangi diri sendiri. Selagi kita diberikan masa untuk melalui kehidupan ini, harungilah sebaik mungkin. Ingat kita bukan hidup seorang sahaja di bumi ini tapi kita berkongsi dengan orang lain. Berfikirla sebelum masa anda tamat dan ingat apa masa lalu merupakan pengajaran dan proses pembelajaran dalam hidup menjadi seorang manusia yang dewasa dan matang serta berfikiran.

2 comments:

  1. hai kanak –kanak pelawan. apa kabar? hehe. :)





    p/s: kanak-kanak pelawan tu sampai besar jadi seorang pelawan. pelawan sistem kerajaan maksud saya.hehe

    ReplyDelete
  2. Kanak Kanak Pelawan Sihat Cuma lately energy ne kurang nak discharge lagi .. untuk terus melawan .. nak bli charger ori pnya. kat kb ada tak? ... ^^

    ReplyDelete