Bila berbicara tentang hati dan perasaan bukan hanya sekadar bicara tentang cinta. Tapi banyak cerita di sebalik hati dan perasaan kita yang mempunyai pelbagai rasa dan sifat. Melayari perasaan itu sangat indah dan bericara itu sungguh sopan dan manis. Tapi Hati dan Perasaan Manusia sebagai seorang kekasih mungkin senang dipraktikkan tapi. Hati dan perasaan sebagai seorang manusia sesama manusia bagaimana?
Bila mulut mula berkata-kata hati turut memainkan rentak mengikut nada yang diatur oleh naluri yang penuh rasa dan perasaan. Bersama-sama buaian alunan melodi untuk menjadikan setiap kata itu bait-bait yang indah penuh makna dan berjiwa raga. Hati memberikan satu bentuk bagi kita untuk mengambarkan sesuatu itu dengan mengekspresikan perasaan kita terhadap apa yang kita lakukan dalam menjalani kehidupan kita seharian. Menjadi insan yang penuh rasa dan tanggugjawab hati yang murni dan berjiwa aman untuk memperjuangkan kehidupan yang penuh keharmonioan dan kemasyarakatan.
Elakkan menjadi seorang yang berjiwa kosong tanpa buta akan hati dan tanpa perasaan. Walaupun punya mata dan telinga tiada nilainya menjadi manusia jika jiwa itu kosong. Dalam hidup perlu ada perjuangan dan pengorbanan, bukan perlu banyak cukup dengan kesedaran sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Hidup perlu merasa apa itu ertinya susah dan senang dalam menjalani kehidupan. Dalam hidup kita kena ambil kisah tentang orang lain yang ada disekeliling kita. Ini kerana kita hidup bukan sendirian dan kita punya teman yang turut sama menjalani kehidupan dan bernafas di bumi yang sama dimana kita mendongak langit yang sama tinggi dan berpijak ditanah sama rendah.
Aku ingin memperjelaskan, ambil kisah dalam kehidupan sesama manusia bukanlah bermaksud untuk memberikan tafsiran yang negative iaitu “busy body” tapi ambil kisah lebih kepada perhatian kita dimana ambil berat dan peka dengan orang lain. Kita perlu ingat bukan kita sahaja yang perlu hidup, kita berkongsi bersama orang lain disatu bumi. Sebagaimana aku memperumpamakannya, kiranya kita berasa gembira adalah akan lebih bermakna kegembiraan dan keseronokan itu boleh dikongsi bersama orang lain. Kiranya orang lain dalam kesusahan adalah lebih baik kiranya kita boleh meringankan dan mengurangkan beban seorang itu.
Hidup bukan semata-mata untuk menabur budi malah kita menabur bakti. Sejauh mana kita berbakti mungkin tidak dapat dinilai dengan wang ringgit sekalipun. Tapi sememangnya kita merasakan senang hati dan rasa rahmat. Bukan tujuan untuk memuaskan hati semata-mata mahupun menujuk-nujuk kita hebat tetapi kita sememangnya rasa sangat bermakna kiranya kita mampu membantu orang lain yang lebih memerlukan. Bukan dilarang untuk mencari kemewahan tapi dikala kita senang jangan lupa orang lain yang susah.
Biar muzik itu membingit telinga, biar orang berkata kita berimej ganas tapi jauh dari sudut yang kecil mereka tidak tahu kita punya hati dan perasaan terhadap orang lain. Biar apa orang pandang serong terhadap kita, Tapi kita tahu siapa kita, kita punya hati dan perasaan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk orang lain. Sebab kita tau etika hidup bermasyarakat. Selagi kita punya azam selagi itu kita akan bersungguh untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Biar hidup berhaluan supaya kita tahu kita di mana kita berpijak walau dimana kita berada sekalipun dan kita tahu siapa kita sebenarnya. Walupun diluar sana sering membantah tapi kita tetap mara dan terus kental kerana perjuangan itu masih belum tamat....
No comments:
Post a Comment