Sejak dari kecil aku dikelilingi orang-orang yang sentiasa menyayangi aku. Aku punya sebuah keluarga yang sangat besar. Punya cousin, auntie, uncle, grandma and grandpa, mum, dad and siblings. Walupun aku rasa aku tidak manja dengan parents aku sendiri tetapi aku ada auntie dan uncle yang sentiasa ada untuk aku. Kehidupan ada macam apple, apple merah dan apple ijau. Tapi aku lagi suka apple ijau. Kenapa masam manis macam sebuah kehidupan. Kehidupan tidak semestinya akan senang sentiasa. Ada masa kita bersusah susah dalam menempuhinya. Ada masa kita rasa sangat indah dan bahagia. Ada masa kita kecewa dan mengalami kesusahan. Siapa kita di kala senang dan susah. Semua orang pernah merasa. Aku hanya seorang yang normal bukan normal apa. Maybe sesuai diketegorikan orang yang biasa bukan susah dan bukan senang. Aku tidak ingin berada diatas pagar sebab aku punya pendirian.
Bila bercerita tentang kehidupan ianya lebih kepada perjalanan hidup yang kita tempuhi hari-hari yang lalu. Di kala hanya berumur sehari hingga kita bertahun–tahun. Sememangnya kita dididik untuk menjadi orang yang berguna dimasa akan datang. Berguna kah aku dimasa sekarang. Aku rasa aku berguna untuk bos aku, dimana khidmat aku amat diperlukan untuk menjana produktiviti company ini. Aku amat diperlukan oleh keluarga aku supaya aku boleh berjasa dan membantu walaupun nilainya sedikit tapi nilai tidak setanding dengan memberi kasih sayang yang tak berbelah bagi. Pada orang ramai, aku cuba seorang manusia yang hormat menghormati sesama masyarakat. Dikala aku diminta memberikan pendapat atau bantuan aku cuba yang mampu. Untuk bangsa dan Negara berguna kah aku? Aku belum pasti kiranya aku punya upaya dan kemampuan dengan suara hati kecil ini diperdengarkan. Ingin aku cetuskan apa yang patut apa yang tidak.
Dalam menjalani kehidupan kita perlu kuat, ada masa kita kena terima hakikat dan kenyataan. Sukar dan pahit macam mana kita kena terima. Apabila tersilap langkah? Berbaloikah untuk mundur atau terukan maju. Bila tersilap langkah kita perlu pikir kenapa kita kenapa boleh silap? Apa permasalahannya. Kita jangan strees jangan kecewa. Cuba bawa tenang dan bincang then, pikir dalam dalam. Dulu, ayah aku selalu pesan dia kata “kalau kamu berjaya untuk masa depan kamu sebab kehidupan akan datang akan tambah susah, zaman dahulu lain asal graduate berebut orang nak ambil. Now, orang graduate macam cendawan puratanya setahun 150 000 ke 200 000 graduan. So, untuk hidup kita kena bersaing untuk memiliki kehidupan yang kita mahu sedaya usaha kita mampu. Dalam hidup memang susah kita membekalkan segulung ijazah bukan jawapan yang boleh membantu kita untuk survive. Ya, walaupun dapat anugerah dekan pun tidak menjanjikan kerja yang bagus. Ada orang pandai di paper tapi bila kerja tak tahu nak aplikasi. So... bagi teman yang susah hati result tak bagus tue percaya diri yang kamu boleh dari segi teori dan praktikal. Bukan la aku suruh kamu sengaja atau tidak mahu dapat result bagus tapi ne setelah tamat pengajian punya cerita. Okay.....
Dulu kita belajar untuk skor untuk menempatkan kita di pengajian yang membolehkan kita sambung belajar. Then, bla kita sudah ada tempat situasinya berbeza kita belajar untuk dapat keputusan bagus dan untuk bergaraduate.
Bila melangkah ke alam kerjaya ianya akan berbeza, apa yang kita belajar tidak akan sama dengan apa yang kita buat semasa bekerja. Memangla kerja tidak akan bawa buku. Tapi aku simpan buku juga di tempat kerja. Hehehehe saja ja. Ada kala aku perlukan theory yang boleh diguna pakai. Bila kerja, kita akan buat kerja based on scope kerja. And ada masa apa theory yang kita penah belajar boleh diguna pakai. Rumus econometrik tak da la dalam kerja. Sample math mungkin ada hehehheehe boleh la. Tapikan ada orang yang belajar kan dia belajar untuk lulus paper, hafal dan pandai. Sebab, ada certain orang dia akan ingat apa dia belajar dan boleh mengajar orang itu jenis orang yang belajar pandai dan paham. Tapi ada orang pas habis habis la tidak ingat sudah untuk apa yang penting dia pas dan selamat.
So bila kita dah berkerja, bermula lah kehidupan yang betul-betul mangajar kita macam mana kita melayari kehidupan. Susah payah mencari wang. Walupun wang itu bukan segalanya tapi wang tetap wang dan iyanya wang dan aku perlukakan. Untuk mendapat wang aku perlu bekerja dan aku akur aku bukan berasal dari keluraga yang senang. Petik jari jari boleh dapat, mana ada. Sebab itu aku perlu berkerja untuk mendapatkan imbalan daripada hasil kerja dengan memperolehi ganjaran yang dinamakan pendapatan. Macam mana kita mahu berhadapan dengan orang ramai dan bekerja sama, itulah dugaan. Suka tak suka kita kena kerja sebab untuk teruskan hidup dan menyara diri. Masam Manis atau ada masin itu masing masing akan tempuhi. Tapi bila kita senang jangan asyik pandang langit ingat tunduk ke bumi. Ingat kita bukan seorang saja yang hidup di bumi ada orang lain. Jangan sombong dan angkuh dan jangan perjudis dengan masyarakat. Kita jangan membeza kan diri kita dengan orang lain. Jangan jadikan aku orang susah dia orang senang untuk jadikan modal alasan dalam kegagalan hidup. Selagi kita ada usaha dan terdaya kita mampu untuk maju dan jangan mundur. Sebab rezeki setiap manusia telah ditentukan oleh Nya Cuma dimana dan bagaimana berdasarkan usaha sesorang itu. So itu la perumpaan kata “USAHA TANGGA KEJAYAAN”. Adakala kita berusaha tapi kita tak dapat sebab zaman sekarang politik dalam kehidupan sangat berleluasa. Bukan sahaja hendak apply keja guna politik nak menempatkan placement or latihan praktikal pun ada ceritanya. Jadi kita jangan mudah menyerah kalah apabila tersungkur setiasa maju dan terus maju.
Bila kita mudah patah cepat putus asa dan behati bunga, jangan mengharap setinggi langit. Sebab kehidupan bukan semudah yang kita fikir melainkan kamu tahu turut berpolitik untuk mendapatkan apa yang kamu mahu. So, bermula la rasa sebiji buah epal. Tapi, jangan menyalahkan takdir sekiranya kamu punyai kehidupan yang serba kurang. Kita masih ada masa untuk memperbaiki untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik dari hari ini. Becakap mungkin senang tapi hendak melakukannya bukan setakat semangat tapi usaha dan kesungguhan. Kegagalan bukan untuk selamanya cukup kita gagal sebelum ini, kenapa perlu gagal untuk sekian kali.
love this one.
ReplyDeletehurm .. tx ok .. maju terus maju ;)
ReplyDelete