
hijau ja ... ;)
Bila aku lihat disekeliling aku rasa tenang dan senyum dalam hati melihat orang yang menikmati kebahagiaan. Ntahlah adakalanya aku sikit pelik kenapa ya ada sesetengah manusia tak senang melihat orang lain bahagia? Kenapa ya? Rasa sakitkah melihat kebahagiaan orang lain. Sama juga ada sesetengah pihak tak suka tengok orang hidup aman damai. Tak habis lagi sisa masih juga beperang sana sini. Sedangkan aku rasa sakit amat tengok kanak-kanak yang tak berdosa cedera apa lagik yang terkorban. Ntah apa lagi tidak cukup sebenarnya. Susahkah kita hidup bertolerasi antara satu sama lain. Susah? Susahkah kita menyayangi antara satu sama lain? Hidup bermasyarakat? Susahkah.
Ntahlah sampai bila, kita hendak sedar sebenarnya. Sedangkan kita semua diberikan mata untuk melihat dan hati untuk merasa serta telinga untuk mendengar. Mungkin mata buta, tapi hati masih mampu merasa dan telinga masih boleh mendegar. Masa aku berjalan tadi aku nama signboard “keluarga bahagia, masyarakat harmoni”. Mungkin pada dasarnya mereka ini hendak memupuk keluarga bahagia, mungkin membentuk keluarga yang bahagia akan wujukan masyarakat harmoni. Adakah iya?
Macam baru-baru ni, aku jalan-jalan di 1Borneo aku nampak tempat duduk yang penuh dengan rimbunan pokok. Cantiknya ... nasib aku jalan seorang ja, kalo aku beteman memang aku dah pose kat sana. Tapi disebabkan aku berseorangan jan harap la aku nak pose dekat pokok – pokok tue jadi aku ambik ja gambar pokok. (sob..sob..sob). Sampai ja office aku ceta kat adam ngan winnie. “aku tadi pg 1B nampak tempat duduk cantik, aku nak pegi ambik gmbr tapi teda yang snap”. Adam berkata, “ala .. lama sudah tue pokok lebih sebulan sudah, apa susah mau ambik gambar. Suruh jak sepa-sepa lalu tolong ambik, kita satu Malaysia kan?. Ewah! Dah satu Malaysia pula. Bagus eh macam tue. Yelah .. nanti aku try macam mana hidup satu Malaysia ne. Kalo betul iya, bahagia ah ... dan harmoni. Tapi tak boleh juga ah ... kalo nak harap rakyat saja satu Malaysia orang yang memimpin dan kroninya tak satu Malaysia buat apa. Cukup la .. wei mengaburkan mata rakyat satu Malaysia. Iya..iya ja satu Malaysia. Cakap ja lebih tapi diri sendiri tak nak aplikasi. Tak boleh la nak jadikan kepimpinan melalui teladan kalo macam gitu. Senang jak suruh rakyat berjimat cermat, kurangkan inflasi la tapi mereka la paling banyak belanja ntah-ntah buang pegi mana? Cakap senang taw cuba dia sendiri buat. Susah Taw. Tapi aku memang mengamalkan hidup berjimat cermat. (owh iya :D )
Ntahlah .. dalam hidup orang kata kebahagiaan tue semamangnya boleh dicari. Tapi mungkin memakan masa? Tapi untuk aku kebahagiaan yang aku mahu aku masih mencari dan sepastinya aku yakin aku berhak untuk bahagia dan begitu juga kamu (AMIN). Apa yang penting kalo hidup orang lain bahagia tak perlula kita datang untuk membinasakan dan merumitkan keadaan. Ada masa kita perlu berfikir untuk orang lain dalam masa yang sama turut berfikir untuk diri sendiri. Jangan pentingkan diri la pula. Cukup setakat ini, semoga kita sama-sama mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat amin.
p/s ; Maaf Kiranya Topik Ini Boring (take 10 buat ms office hour lepas balik dr 1b)